Saturday, January 28, 2012

2 : 200-202.

Bismillah.


Doa, senjata umat Islam. Berdoalah sebaik-baiknya, seikhlas hati dan berasa sangat, sangat dan sangat rendah diri padaNya. Saya terpaku pada ayat ini,


'...maka ada di antara manusia yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami (kebaikan) di dunia', dan di akhrat dia tidak memperoleh bagian apa pun. Dan di antara mereka, ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.' Mereka itulah yang memperoleh bagian dari apa yang telah mereka kerjakan dan Allah Mahacepat perhitunganNya. -Surah Al-Baqarah, ayat 200 - 202.

Pohonlah Jannah daripada Allah :)

Monday, January 16, 2012

Wajib Qadha Solat Sebelum-sebelumnya.

Bismillah.


Jika sudah bergelar sebagai seorang wanita, memang tidak akan lari dengan soal datang bulan dan soal bagaimana ingin mengqadhakan solat, solat apakah yang wajib diqadhakan. Dulu, ada juga sahabat yang bertanyakan soal ini, jadi saya harap ini dapat meng-improve-kan lagi keyakinan kita terhadap soal mahu mengqadhakan solat.


'Dan hal ini (mengqadhakan solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang kurang perkara wajib yang patut diketahui oleh setiap wanita Islam' -Imam Al-Ghazali. 
***
Apabila diyakini darah haid berhenti sebelum masuknya waktu solat Maghrib, lebih kurang awak sempat untuk menunaikan solat Asar sekurang kurangnya satu rakaat, jadi, wajiblah mengqadhakan solat Zuhur dan Asar. Kenapa? Sebab awak menyedari haid awak kering sewaktu waktu Asar, jadi, awak wajib menunaikan solat Asar. Diqadhakan juga solat Zuhur kerana jika mengikut hukum menjamak (musafir), solat Asar boleh dijamakkan dengan solat Zuhur. Demi menjaga hukum, it is better to you to qadha both solat because maybe you dont realise that your haid is already stopped during Zuhur prayer. 


Keduanya, apabila diyakini darah haid berhenti sebelum masuk solat Subuh, lebih kurang awak sempat untuk menunaikan solat Isyak at least satu rakaat, jadi, wajiblah mengqadha solat Maghrib dan Isyak. Solat Isyak boleh dijamakkan (musafir) bersama solat Maghrib, jadi wajib juga untuk mengqadhakan solat Maghrib sebab proses pengeringan darah itu maybe berlaku secara perlahan-lahan dan mungkin awak hanya menyedarinya dalam waktu Subuh, tapi sebetulnya darah haid itu sudah lama berhenti.
***
Jangan ingat apabila kita bergelar sebagai seorang wanita, kita mudah sahaja dapat skip solat. Solat sangat penting. :) 

Sunday, January 15, 2012

Aku Melakukannya dan Tidak Pula Aku Melakukannya.

Bismillah.


Kebanyakkan daripada umat Islam memandang remeh akan hal sebegini, tetapi impak yang bakal diterima sangatlah di luar sangkaan. Saya berasa sangat terkesan dengan ayat ini.


Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka dan terburailah isi perutnya di neraka, lalu dia berputar-putar kerananya sebagaimana seekor keldai yang berputar mengelilingi penggilingan. Maka berkumpullah para penduduk neraka di sekitarnya. Mereka bertanya, ‘Wahai fulan, apa yang terjadi padamu, bukankah dahulu kamu memerintahkan yang ma’ruf kepada kami dan melarang kami dari kemungkaran?’. Lelaki itu menjawab, Dahulu aku memerintahkan kalian mengerjakan yang ma’ruf sedangkan aku tidak melakukannya. Dan aku melarang kalian dari kemungkaran tapi aku malah melakukannya.’
— Bukhari 3027